سورةالهمزة {١٠٤} 104. AL-HUMAZAH
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ {١} 1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ {٢} 2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ {٣} 3. Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
كَلَّا ۖ لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ {٤} 4. Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ {٥} 5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ {٦} 6. (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya);
الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ {٧} 7. Yang naik menjulang ke hati;
إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ {٨} 8. Sesungguhnnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka.
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ {٩} 9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
Al-Qur'an Today @2006