سورةالرحمن {٥٥} 55. AR-RAHMAAN
الرَّحْمَٰنُ {١} 1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
عَلَّمَ الْقُرْآنَ {٢} 2. Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الْإِنْسَانَ {٣} 3. Dialah yang telah menciptakan manusia; -
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ {٤} 4. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ {٥} 5. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ {٦} 6. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ {٧} 7. Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ {٨} 8. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ {٩} 9. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ {١٠} 10. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.
فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ {١١} 11. Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ {١٢} 12. Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {١٣} 13. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ {١٤} 14. Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ {١٥} 15. Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {١٦} 16. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ {١٧} 17. (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {١٨} 18. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ {١٩} 19. Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ {٢٠} 20. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٢١} 21. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ {٢٢} 22. Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٢٣} 23. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنْشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ {٢٤} 24. Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٢٥} 25. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ {٢٦} 26. Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ {٢٧} 27. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٢٨} 28. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يَسْأَلُهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ {٢٩} 29. Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٣٠} 30. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ {٣١} 31. Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٣٢} 32. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ تَنْفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانْفُذُوا ۚ لَا تَنْفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ {٣٣} 33. Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٣٤} 34. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِنْ نَارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنْتَصِرَانِ {٣٥} 35. Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٣٦} 36. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فَإِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ {٣٧} 37. Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٣٨} 38. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?
فَيَوْمَئِذٍ لَا يُسْأَلُ عَنْ ذَنْبِهِ إِنْسٌ وَلَا جَانٌّ {٣٩} 39. Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٤٠} 40. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ {٤١} 41. Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٤٢} 42. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ {٤٣} 43. (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya.
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ {٤٤} 44. Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٤٥} 45. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ {٤٦} 46. Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٤٧} 47. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ {٤٨} 48. (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٤٩} 49. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ {٥٠} 50. Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir; -
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٥١} 51. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
فِيهِمَا مِنْ كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ {٥٢} 52. Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٥٣} 53. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ {٥٤} 54. Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٥٥} 55. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ {٥٦} 56. Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٥٧} 57. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ {٥٨} 58. Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٥٩} 59. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ {٦٠} 60. Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٦١} 61. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
وَمِنْ دُونِهِمَا جَنَّتَانِ {٦٢} 62. Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٦٣} 63. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُدْهَامَّتَانِ {٦٤} 64. Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٦٥} 65. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ {٦٦} 66. Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya:
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٦٧} 67. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ {٦٨} 68. Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٦٩} 69. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ {٧٠} 70. Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٧١} 71. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ {٧٢} 72. Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٧٣} 73. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ {٧٤} 74. (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٧٥} 75. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ {٧٦} 76. Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {٧٧} 77. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ {٧٨} 78. Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Al-Qur'an Today @2006