سورةعبس {٨٠} 80. ´ABASA
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ {١} 1. Dia memasamkan muka dan berpaling,
أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ {٢} 2. Kerana dia didatangi orang buta.
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ {٣} 3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! -
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَىٰ {٤} 4. Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَىٰ {٥} 5. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
فَأَنْتَ لَهُ تَصَدَّىٰ {٦} 6. Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ {٧} 7. Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
وَأَمَّا مَنْ جَاءَكَ يَسْعَىٰ {٨} 8. Adapun orang yang segera datang kepadamu,
وَهُوَ يَخْشَىٰ {٩} 9. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah);
فَأَنْتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ {١٠} 10. Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ {١١} 11. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ {١٢} 12. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya.
فِي صُحُفٍ مُكَرَّمَةٍ {١٣} 13. (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan;
مَرْفُوعَةٍ مُطَهَّرَةٍ {١٤} 14. Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan);
بِأَيْدِي سَفَرَةٍ {١٥} 15. (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Luh Mahfuz;
كِرَامٍ بَرَرَةٍ {١٦} 16. (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.
قُتِلَ الْإِنْسَانُ مَا أَكْفَرَهُ {١٧} 17. Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ {١٨} 18. (Tidakkah dia memikirkan) dari apakah dia diciptakan oleh Allah?
مِنْ نُطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ {١٩} 19. Dari air mani diciptakannya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ {٢٠} 20. Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang dia pilih);
ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ {٢١} 21. Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya dia dikuburkan;
ثُمَّ إِذَا شَاءَ أَنْشَرَهُ {٢٢} 22. Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).
كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَا أَمَرَهُ {٢٣} 23. Janganlah hendaknya dia kufur ingkar lagi! Sebenarnya dia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.
فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ إِلَىٰ طَعَامِهِ {٢٤} 24. (Kalaulah dia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا {٢٥} 25. Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
ثُمَّ شَقَقْنَا الْأَرْضَ شَقًّا {٢٦} 26. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan;
فَأَنْبَتْنَا فِيهَا حَبًّا {٢٧} 27. Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
وَعِنَبًا وَقَضْبًا {٢٨} 28. Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
وَزَيْتُونًا وَنَخْلًا {٢٩} 29. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma,
وَحَدَائِقَ غُلْبًا {٣٠} 30. Dan taman-taman yang menghijau subur,
وَفَاكِهَةً وَأَبًّا {٣١} 31. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput;
مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ {٣٢} 32. Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ {٣٣} 33. Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat;
يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ {٣٤} 34. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ {٣٥} 35. Dan ibunya serta bapanya,
وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ {٣٦} 36. Dan isterinya serta anak-anaknya;
لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ {٣٧} 37. Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ {٣٨} 38. Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ {٣٩} 39. Tertawa, lagi bersuka ria;
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ {٤٠} 40. Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ {٤١} 41. Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.
أُولَٰئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ {٤٢} 42. Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.
Al-Qur'an Today @2006