 |
| إِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ {١} |
1. Apabila langit terbelah; |
| وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انْتَثَرَتْ {٢} |
2. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; |
| وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ {٣} |
3. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; |
| وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ {٤} |
4. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan; |
| عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ {٥} |
5. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. |
| يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ {٦} |
6. Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha. Pemurah? |
| الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ {٧} |
7. Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; |
| فِي أَيِّ صُورَةٍ مَا شَاءَ رَكَّبَكَ {٨} |
8. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu. |
| كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ {٩} |
9. Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. |
| وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ {١٠} |
10. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, |
| كِرَامًا كَاتِبِينَ {١١} |
11. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); |
| يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ {١٢} |
12. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. |
| إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ {١٣} |
13. (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat; |
| وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ {١٤} |
14. Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka yang menjulang-julang. |
| يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ الدِّينِ {١٥} |
15. Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan, |
| وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَائِبِينَ {١٦} |
16. Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. |
| وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ {١٧} |
17. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? |
| ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ {١٨} |
18. Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? |
| يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِنَفْسٍ شَيْئًا ۖ وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ {١٩} |
19. (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. |
 |