 |
| إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ {١} |
1. Apabila langit terbelah, |
| وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ {٢} |
2. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; |
| وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ {٣} |
3. Dan apabila bumi diratakan, |
| وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ {٤} |
4. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong, |
| وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ {٥} |
5. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). |
| يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ {٦} |
6. Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). |
| فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ {٧} |
7. Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya; |
| فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا {٨} |
8. Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, |
| وَيَنْقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا {٩} |
9. Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. |
| وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ {١٠} |
10. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, |
| فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا {١١} |
11. Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, |
| وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا {١٢} |
12. Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang. |
| إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا {١٣} |
13. Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! |
| إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ {١٤} |
14. Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)! |
| بَلَىٰ إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا {١٥} |
15. (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya! |
| فَلَا أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ {١٦} |
16. Maka Aku bersumpah, demi mega; |
| وَاللَّيْلِ وَمَا وَسَقَ {١٧} |
17. Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; |
| وَالْقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ {١٨} |
18. Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: |
| لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَنْ طَبَقٍ {١٩} |
19. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) |
| فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ {٢٠} |
20. Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? |
| وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنُ لَا يَسْجُدُونَ ۩ {٢١} |
21. Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud? |
| بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُكَذِّبُونَ {٢٢} |
22. (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya; |
| وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ {٢٣} |
23. Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati. |
| فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ {٢٤} |
24. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya; |
| إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ {٢٥} |
25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus. |
 |