سورةالضحى {٩٣} 93. ADH-DHUHA
وَالضُّحَىٰ {١} 1. Demi waktu Dhuha;
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ {٢} 2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi;
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ {٣} 3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ {٤} 4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ {٥} 5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ {٦} 6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ {٧} 7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ {٨} 8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ {٩} 9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ {١٠} 10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ {١١} 11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Al-Qur'an Today @2006