سورةالعلق {٩٦} 96. AL-´ALAQ
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ {١} 1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ {٢} 2. Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ {٣} 3. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ {٤} 4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ {٥} 5. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَىٰ {٦} 6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَىٰ {٧} 7. Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الرُّجْعَىٰ {٨} 8. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).
أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَىٰ {٩} 9. Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);
عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰ {١٠} 10. Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?
أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَى الْهُدَىٰ {١١} 11. Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?
أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَىٰ {١٢} 12. Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?
أَرَأَيْتَ إِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ {١٣} 13. Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?
أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ {١٤} 14. Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ {١٥} 15. Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka);
نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ {١٦} 16. Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ {١٧} 17. Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);
سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ {١٨} 18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ ۩ {١٩} 19. Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Al-Qur'an Today @2006